Sunday, November 1, 2009

HalPindahRumah

Salam...

Sabtu dan ahad, dalam orang lain semua lepak dan rehat dirumah, aku ngan mak ayah, abg krol, abg zaki, abg khalil, kak intan, kak asma dan shura sibuk kemas rumah coz mak akan berpindah ke bangi, semua ni bermula gara-gara rumah yang mak aku sewa dah ada org beli so owner bagi rumah lain...

Penat jgn cerita lah, pengsan aku dibuatnyer, dah lah rumah mak aku tu byk barang, bayangkan nak kemas dalam masa 2 hari tu, mahunyer haru biru, tapi sedih coz lepas ni mak akan bertambah jauh dari aku, tapi mak aku juga sedih, tapi bukan sebab jauh dari aku, tapi sebab jauh dari cucu kesayangan dia husna, eiii frust jer aku dengarnyer... mak ni beruk dihutan disusukan anak sendir mati tak makan.... heheh sebenarnya aku jeles. apapun aku harap di mana pun mak ayah berada mereka akan gembira dan sihat sejahtera...I Love My Parent..


NiLahMak&AyahSaya

Thursday, September 10, 2009

Berbuka Di Istana Budaya




Assalammualaikum....

dah lama tak jenguk blog ni, rasa rindu pula nak coretkan sedikit cerita-cerita menarik sepanjang bulan puasa, dan kini cuma tinggal 10 hari lagi nak raya... cerita menarik biasalah, bila bulan puasa selalu nya kita dengar orang cari tempat untuk berbuka puasa yg best..., aku juga tidak ketinggalan juga, minggu pertama puasa aku dah ajak mak ayah serta abg dan kakak aku untuk merasa duit gaji pertama aku, so kami rancang untuk makan di Village View, Bangi, makanan kat situ oklah, coz ayah aku suka sangat makan sup ekor kat situ, seterusnya mggu kedua puasa, abg zaki pula belanja kami berbuka puasa di Nyonya Kickhen, di Plaza Masalam, Shah Alam. aku first time makan kat situ, tapi tak sangka, sgt sedappp....., mggu berikutnya tunang aku ajak pula berbuka puasa dgn ofis mate dia kat famous thai, restoran ni berdepan dgn restoran nyonya kickhen, restoran ni menhidangkan makanan alah thai, yang penting layanan dari pembantu restoran sgt memuaskan, makanan pun sedap.... dan yang terkini aku dgn mak ayah, abg n kakak, serta tunang ku berbuka pula di istana budaya, hidangan secara buffet, makanan yang enak-enak serta dapat bertemu dgn artis lagi, seperti Nasha Aziz, Jamal Abdillah dan Juga Erma Fatimah.... apapun cara kita, cuma satu perlu di ingat jangan membazir, serta bulan puasa inilah kita nak kumpul byk pahala dan dapat rahmat dari yang Esa, byk-byklah ingat Allah... InsyaAllah..

Thursday, August 6, 2009

Wednesday, July 29, 2009

iMpIaN

impian hidup susah kita nak capai, kalau dapat pun selalunya berperingkat, aku pun nak capai impian juga, tapi bila dugaan datang, hati mula lah goyah, air mata jgn cakaplah, tapi semua ini Allah sudah tulis sejak roh aku dihembus, aku tetap redha apapun yg dtg.... kepada si dia thanks bagi aku semangat dari segi moral support dan juga meterial.

Tuesday, July 14, 2009

Macam mana nak bina Blog

salam..

hari ni sepatutnya saya bagi penerangan kepada cikgu2 Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh mengenai "macam mana nak bina Blog". tapi sedih sangat apabila dah siap pasang LCD Projector dan Skrin Putih, tunggu punya tunggu tak sampai juga cikgu2 ni, nasib baik semalam saya ada ambil nombor telefon kak rabezah dari kak ju, saya call kak rabezah, tetiba dia ckp tak jadi coz ada meeting PSS, so terpaksalah cabut semua peralatan yang dipasang jadi esok baru start katanya.... nak buat macam mana dah nasib..


NOTA BLOG

Monday, July 13, 2009

Taklimat SchnoolNet

salam...

11 julai 2009, saya bagi taklimat SchoolNet kepada semua cikgu2 kat sk Sungai Buluh, sekolah yang saya keje sekarang. sebelom taklimat saya agak gementarlah juga, tapi bila start cakap, terlebih2 pula, tapi saya tau, tak semua cikgu puas hati ngan saya masa talk tu, tapi nak buat mcm mana, semua tu berpandukan apa yang saya perhatikan... itu lah Guru Besar suruh saya bagi talk cepat sgt, tak sempat lagi nak kenal sikap atau sifat cikgu2 kat situ dah mmg nasib saya lah....

slide Taklimat

Wednesday, July 8, 2009